Di sini aku…Akhirnya…
1st registration = pendaftaran seperti biasa…barisan yang sangat panjang…tetapi tidaklah begitu terasa…kad matrix baru!!! Hahhaaaa akhirnya…entah apa la nanti rupaku yang terpahat di kad matrixku nanti…yang akan digunakan selama DUA TAHUN….
Class sudah bermula seperti biasa…hrmmm ada yang best...ada jugak yang membosankan…huh! Setiap hari…kereta akan berpusu-pusu masuk ke dalam kawasan uitm…arghhhhhh…di kota metropolitan ini kalau tidak bersesak-sesak rasanya memang tidak sah!
Aku… sekarang menyewa di (pusat komersial)
seksyen 7. hrmmm kemudahan semuanya okey. Dengan harga sewaan rm150 sebulan termasuk bil elektrik dan air adalah sangat berbaloi rasanya. Tambahan lagi barangan rumah semuanya lengkap (fully furnish).
Fakulti Komunikasi dan pengajian media…
Seperti yang semua orang maklum, ramai yang berpandangan rendah pada fakulti ini. Kononnya kos yang ditawarkan dan dipelajari tidaklah sehebat dan setanding dengan kos-kos lain seperti perubatan dan kejuruteraan. TETAPI…hendaklah semua maklum, tanpa media, semua orang akan menjadi seperti katak dibawah tempurung. Seperti yang diajar oleh salah seorang pensyarah aku, “untuk menakluki negara kita hendaklah menakluki rakyatnya…untuk menakluki rakyatnya kita hendaklah menakluki pemikirannya” hebat bukan??? Media mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam negara. Janganlah kita hanya menuding jari dan merendah-rendahkan martabat orang-orang media. Fikirlah apa sumbangan mereka pada negara selama ini. Malahan, mereka telah berjasa pada negara sejak dari sebelum merdeka lagi.
Okey.kembali pada aku. Kenapa aku pertahankan media?? Aku adalah salah seorang pelajar dari fakulti ini. Pelajar jurusan masscom (sequence in public relations atau lebih dikenali sebagai PR ) nak tahu tugas-tugas PR ?? search je la dekat google. =p
Aku…hmmm mengenai aku…rakan serumah semuanya ok. Kawan-kawan pun semuanya ok. Pendek kata setakat ini semuanya okey la...personal??..secretttttt haha
No comments:
Post a Comment